Khamis, 24 Januari 2013

Salam Perkenalan



ASSALAMMUALAIKUM WRT. WBT.
Pembaca Yang Dihormati,

Salam Ukhuwah, salam semanis coklat buat semua pengunjung yang budiman. Laman ini saya khususkan untuk mempamerkan hasil produk dan barangan yang ada di pasaran. Sebelum ini saya menggunakan laman http://ummu-ta-sya-ha.blogspot.com/ sebagai wadah mempamer produk dan idea. Namun saya menyedari tidak ramai yang berminat membaca hanya sekadar meneroka untuk mendapatkan barangan dan keperluan. Justeru itu saya mendatangkan satu lagi wadah iaitu http:// rosvariasi.blogspot.com dan kepada yang berkecenderungan untuk produk dan barangan tetaplah berkunjung ke laman ini.


Pengunjung Yang Dihormati,

Kecenderungan dan gaya hidup semasa hari ini amat berbeza berbanding era 80an dan sebelumnya. Kehidupan hari ini yang memperlihatkan kesibukan individu dalam rutin harian dan jua keperluan individu untuk menggalas perut dengan makanan yang berkhasiat menuntut satu makanisme yang pelbagai lagi segera (yang sedia dimakan).

Dengan asas ekonomi masyarakat hari ini terutama di bandar, setiap individu iaitu pengguna mempunyai kebebasan kewangan untuk berbelanja. Ramai pengguna tidak teragak-agak berbelanja untuk keperluan makanan dan sebahagian besar pengguna memilih untuk membeli makanan yang sedia boleh dimakan. Pengguna juga tidak menghadkan pembelian makanan, dengan kata mudah apa sahaja bentuk makanan dan pada bila-bila masa sahaja pengguna sedia berbelanja untuk memenuhi selera mereka.

Melihat kepada kehendak pengguna ini, AL-UKHUWAH RESOURCES tampil menjadi sebahagian daripada ejen pembekal makanan berasaskan kehendak syarie yang memastikan setiap produk bersih dan dihasilkan dari sumber yang jelas dan halal.

AL-UKHUWAH RESOURCES telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan didaftarkan pada 30 Disember 2009. AL-UKHUWAH RESOURCES bermula dengan memberi perkhidmatan iaitu Perkhidmatan Penjagaan dan Asuhan kanak-kanak (TASKA), menerima tempahan gubahan hantaran pertunangan dan perkahwinan, jahitan pakaian dan hiasan langsir, kek dan biskut untuk hantaran, acar buah, roti dan kuah kacang.

Permintaan amat memberangsangkan terutama kek dan kuah kacang. Justeru itu pada Januari 2010 AL-UKHUWAH RESOURCES bergerak selangkah dengan memasarkan kek (kek cawan) ke kioks-kioks PETRONAS sekitar Shah Alam dan kedai produk muslim AZ-ZAIN Shah Alam. AL-UKHUWAH RESOURCES melihat potensi ini dan berusaha serta berkeyakinan berupaya memenuhi permintaan pasaran dan pengguna khususnya.

Saya amat mengalu-alukan sebarang lontaran idea dan ulasan bagi menghasilkan satu natijah yang baik untuk manfaat bersama. Atas perhatian dan sokongan semua di dahului dengan ucapan ribuan terimakasih....jazakallahu Khiran Katsiran.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi AL-UKHUWAH RESOURCES di talian 03-51210782.

Kepada yang ingin mencuba bolehlah berkunjung ke beberapa premis yang ada menjual produk cup cake saya. Antara premis tersebut ialah :

01. Petronas - STESEN SERVICE DE HAS, Jln Lelangit U8/45, Seksyen U8, Bukit Jelutong, Shah Alam.

02. Petronas - UMIZ SERVICE STATION, Lot 32168, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22, Shah Alam.

03. Petronas - SELECTA ENTERPRISE, Lot PT115, Jln Pinang 18/A, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 18, Shah Alam.

04. Petronas - NST MESRA KIOSK, No. 2, Jln Sepadu 25/123, Taman Perindustrian Axis, Seksyen 25, Shah Alam.

05. Petronas - SERVICE STESEN LALUAN SUTERA, Lot 2, Jalan 20/1, Seksyen 20, 40300 Shah Alam.

06. Petronas - DZIYALITE SERVICE & RESOURCES, KM 12.3, Lebuhraya Persekutuan (Arah Klang), Seksyen 15, 40000 Shah Alam.

07. Petronas - DAYARIA SERVICE, Lot 5544, Taman Rashna, Jalan Batu 3 Lama, 41300 Klang.

08. Petronas - SRA MAJU JAYA ENTERPRISE, Lot 4, GM2243, Jalan Bukit Kemuning, Mukim Klang, 42450 Klang

09. Kedai AZ-ZAIN, Seksyen 15, Shah Alam.

10. Kedai RUNCIT KANA, Seksyen 25, Shah Alam.

Tiada ulasan: