Tentang Admin





Salam taaruf dan salam ukhuwah mewangi bak kasturi,
Panggil saya....ros, kakros ,ummi... (ikutlah yang mana sesuai). Punyai suami yang penyayang, telah mencapai usia 21thn perkahwinan.Miliki tiga puteri (20, 16 & 14 thn usia mereka). Berkhidmat sebagai pengurus rumahtangga.  Islam agama yang indah, sunnah wal jamaah sebagai pegangan. Bahagia dengan kehidupan, Rumahku...Syurgaku.



Inilah wajah keluarga saya




 keluarga  tersayang yang tercinta.






 **********








Aktiviti Luar

Ada kesempatan dan bersesuaian saya akan hadirkan diri (selalunya bertemankan adikku yang tersayang - liza) bagi mengikuti aktivti yang membantu dan memberi manfaat dalam kehidupan seharian.






KURSUS YANG DIIKUTI DI KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM
TAHUN 2011


Kursus Pembuatan Roti
Selepas kursus , pada keesokan harinya..
semua peserta diminta membuat roti di rumah untuk dipertandingkan
Tu ha.. semua roti hasil buatan saya.





Kursus Jahitan Tudung






Kursus Jahitan Langsir
Walaupun saya boleh menjahit langsir
saya hadiri juga kursus jahitan untuk lebih ilmu
Tu ha...cikgu ( Pn.Nasuha) kata hasil jahitan saya 'lulus'




Kursus Pembuatan Biskut
ini semua ahli kumpulan saya, saya sedang snap foto le..





Kursus Pembuatan Kraf Felt





Kursus Pembuatan Kek





**********







KELAS KEK DI BAGUS SEKSYEN 13 SHAH ALAM


Belajar buat hiasan kek fondant & red velvet





**********






KURSUS PENJENAMAAN, PEMBUNGKUSAN DAN
PELABELAN

Ini adalah kursus Penjenamaan, Pembungkusan dan Pelabelan produk di Jabatan Pertanian Daerah Petaling dan Gombak pada 05/05/2010.


Perasmian oleh En Azmi Muhamad, Penolong Pegawai Pertanian



Kertas kerja dibentangkan oleh En Muhamad Shaarani Yusof
 dari SULAIMAN GADING ENTERPRISE.




Tengoklah tu..... produk kami satu-satu kena komen.
 Itu... cup cake saya dah ok tapi kalau nak plastik murah kena beli selori....ooo tak mampu!








Kumpulan "Naga Merah"....Kak Yong (Yong Spices) : produk pes rendang (duduk), Pn Rahmah : Produk kerepek & frozen (baju oren), Pn Napsiah (Jana Rasa Warisan) : Produk kuih talam, tradisional & kek Kukus (belakang kak Yong), En Ismail (Perniagaan Luas) : Produk minuman soya, Pn Liza (Ummu Farhan Enterprise) : produk sambal ikan bilis, madu , kurma dll., saya yg pakai purdah tu (Al-Ukhuwah Resources) : produk bakeri & coklat.



Contoh pelabelan yang direka peserta.
En Shaarani memberi ulasan yang membina sebagai panduan. 





Bersama adik, kami saling teman-menemani dalam segala urusan dan aktiviti luar.
 Kami saling sokong menyokongi segala usaha dan idea.






Harap kami semua boleh menmanfaatkan apa yang dipelajari dan terus dibimbingi.





**********







KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN



Ini pula kursus Pengendalain dan Penyediaan Makanan. Sudah lama saya hendak mengikuti kursus ini kerana kursus ini WAJIB bagi setiap yang terlibat dengan pengendalian makanan.  Saya dan adik sebelum ini ada mendaftar dengan salah seorang penganjur kursus ini tetapi bilangan peserta tidak cukup bilangan.

Alhamdullilah akhirnya suami saya bertemu dengan En Isa (Prime Business Solution) di pejabat sahabatnya En. Ishak. Saya dan adik diikuti rakan saya Pn Rosmi mendaftar dan hadir untuk kursus pada 07/06/2010 bertempat di Cafe Zara, Seksyen 13, Shah Alam.  Resolusi kursus....memang berbaloi.......

Untuk pengetahuan kursus ini hanya perlu diambil sekali seumur hidup. Pada hemat saya para ibu (yang memasak ajelah) wajib hadir kursus ini. Banyak info dan input yang diberi untuk kita gunakan dalam memberesi urusan rumah sehari-hari.










Pencermah  oleh En Mohd Haidres Syahali
dari PRIME BUSINESS SULATIONS





 



Dari kanan : saya, Pn. Liza dan Pn Rosmi (saya panggil ibu).
Cafe Zara menjalankan tanggungjawab menghantar perkerja-pekerjanya ke kursus ini.



Mendengar dengan penuh kusyuk
 Di penghujung kursus akan diberi ujian untuk menguji tahap kefahaman peserta.
Kursus ini amat bermanfaat bagi peserta dan kerjaya.





**********








KELAS ROTI DAN PUFF


Ini kononnya hendak belajar buat roti dan puff....kalau boleh nak buat aktiviti tambah duit...........aduhai....... bila dah  belajar rasanya tak jadilah......susah betul...... roti tu bolehlah juga buat untuk makan tapi puff tu.....tak upaya!
Emm....kalau rasa nak makan kita pakat-pakat pergi kedai Chef Shahrul Niza di  BREADCRAFTERS, Lot E-01-07, Jalan SM2, Taman Subang Mas 47/620, Pinggiran USJ, Selangor.

Saya kata puff tu sedap....itu sebab adik saya join sekali kelas ni tetapi lihat dulu macam mana usaha-usaha nak buat puff ni. Untuk pengetahuan puff ni lebih baik kita rehatkan selama 3 hari baru dibentuk dan dibakar. Wow...3 hari meleleh air liur dan yang paling pasti peluh menitik-nitik....

Okey......mari kita lihat aktiviti ini....



Ini Pembuatan Roti


                                          







 





Ini Pembuatan Puff

Untuk Pengetahuan, kalau nak buat puff secara manual gunakan kayu penggelek yang saiz besar.
 Saya baru pertama kali tengok penggelek yang besar ni......



Puff ni kaedahnya lipat tiga kemudian gelek, 
rehatkan dlm chiller semalaman (sekurang-kurangnya 1-2jam). 
Keluarkan ulang lipat,gelek dan rehatkn dlm chiller sebanyak 3 kali
 tidak termasuk lipatan yang mula-mula. 
Lipatan yang mula-mula tak perlu rehatkan dalam chiller.








Ini bukan langkah penuh pembuatan puff......
ia hanya sebagai gambaran untuk panduan pembuat puff. Nak cuba....silakan.






Bergambar dengan Chef Shahrul dan isterinya Nurull Hayati (baju biru)




Tiada ulasan: